Friday, September 19, 2014

Writting..

Tadi jalan2 dekat shopping mall.. dan kebetulan ada book fair.. akku paling tak ada minat dengan buku.. kecuali writer yang namanya Ramlee Awang Mursyid.. yes.. the one n only writer yang akku rasa akku boleh baca buku2 dia.. takde cinta2 punya.. semua stock magik, hantu, n pembunuhan.. so yeah.. my kind of story..

bila akku tengok buku2 tu semua, akku rasa macam nak menulis.. akku pernah je tulis 1 cerita.. yang mengarut.. siap ader kawan join sekali tulis ikut sedap tekak dia.. cerita macam ader MC D dalam rumah.. cermin yang boleh tembus masuk.. haaa gitu la..

so akku rasa nak start writting.. boleh ka?

Sunday, September 14, 2014

Hari Lahir 3.0

Akku stress..
1. Akku celebrate bday dengan kawan2.. Cupcake kesayangan akku berlebih.. Akku nak tumpangkan dekat rumah adik ipar akku.. Tapi hb kata, blh simpan dekat rumah mak dier.. Which akku tau peti ice tu lil bit small n full.. Tp hb kate "peti ais tu penah simpan cake kawen kami.." Ok je la.. Akku malas nak bingit2.. Sampai rumah mak mer akku, akku suruh hb masukkan cupcake tu dalam ice box.. Dier kate penuh.. Akku marah dalam hati.. Akku dah agak dah.. Akku marah gila.. Sebab cupcake tu ader sentimental value pada akku.. Akku sedih.. Akku simpan dalam hati.. Macam kena ramas hati akku.. Akku diam.. Akku tidur..
2. Akku plan nak balik hari ahad supaya balik pagi ahad boleh beli buah abah, boleh ambil kunci rumah alang dekat puchong n ambil cupcake akku tu bawak balik klang.. Sekurang2 nya family akku boleh makan, akku boleh bawak g office ke apa ke.. Then isnin akku boleh pegi buat lesen, tukar kad cimb.. Tengok wayang.. Ada ura2 nak balik klang pagi isnin.. Akku diam je.. Malas nak bising dengan harapan hb akku perasan dan ingat plan kami.. Hb kata balik lepas makan tengahari.. Buat lesen dekat jb.. Tapi pg hb teman biras pegi pasar.. Balik pasar kata buat lesen kat klang hari isnin.. Jadi akku ok lagi.. Hb tanya ok ke? Akku ok je.. Siap masak makan.. Biras nak pegi ambil kakak ipar n minta tunggu dia balik baru kami balik klang.. Akku ok lagi.. Jam 5 biras baru nak gerak balik ke rumah.. Hb kata "kita gerak malam ok ke?" Akku kata ok je la.. Nak buat mcm mana.. Akku dah memang down gila.. Tapi akku kata, relax.. Sabar banyak2.. Bunda dah text tanya bila balik.. Kata beli ketam segala.. Hati akku.. Akku kata, nak buat macam mana, kita ni tumpang orang je.. Hb tanya ok ke? Akku ok je.. Cuma akku punya concern buah abah.. Cepat2 hb call makcik dia.. Tnye pasal buah.. Mana nak beli kat area sini.. TAK ADA.. Akku dah tau dah.. Balik isnin pagi.. Lesen? Bank card? Cupcake? Wayang? Akku dah takde rase aper dah.. Jadi akku bz kan diri.. Masak.. Thats the least i can do..
3. Malam ni tidur luar.. No aircond kipas pun slow.. I can do this.. I know i can.. Please.. Nanti kau kodoq la segalanya..

Doa akku untuk hari lahir 3.0 ni.. Diberikan kekuatan mental dan fizikal.. Diberikan hati yang kuat.. Diberikan kesabaran yang tinggi.. Redha.. Segalanya telah diatur..


Besarkan hati akku.. Ya Allah.. Besarkan hati akku..

Thursday, August 28, 2014

failing

Salam..

Last month a friend of mine text for a help on programming.. tolong sikit2 ok je.. so, last 2 weeks she came to me dengan notebook and hopes.. hope that i can help her.. i tried.. tak kira macam mana akku minat sekali pun.. tapi macam ada yang tak kena.. i dont know.. i love programming too much sampai tak boleh nak tolong dia?? entah la.. so i failed her.. rasa terok..

apa la guna kawan kalau tak boleh tolong kawan kan?

sedih!

Tuesday, August 26, 2014

kakak

last Friday boleh kata the hardest Friday for me la.. kenapa? sebab adek akku bagitau dia fail in study.. fail as in tak boleh sambung lagi, current sememster 5.. degree.. i know..

lama akku pause..

"kakak marah la.. adek tak kisah.."

can i? can i be mad at her when she need someone to talk to?

"can i meet u after work? i cant go back.."

an i said "ok" thats the least i can do la kot..

habis kerja, akku pegi tempat yang kitorang janji nak jumpa.. akku ni penuh dengan drama dan angan2.. akku ingat kalau dekat rumah boleh la akku bagi big hugs.. tapi nak jumpe dekat kedai kan.. jadi no hugs la.. akku nampak dia duduk diceruk kedai tengah baca surah (tak sure ayat apa).. akku ambil tempat dihadapannya.. order makan, order minum..

akku terpaksa text sebab akku takde suara dan asyik terbatuk2.. dia bagitau akku plan dia.. kerja atau terus masuk belajar.. akku ingat nak suruh dia buat surat rayuan.. tapi dia dah tak berminat.. sekarang minat subject lain pulak.. akku down.. serious.. rasa macam akku dulu.. bezanya akku muda dan tak kisah.. tapi sekarang setiap wang ringgit yang mengalir tu akku akan terasa sakitnya..

akku betulkan kotak suara, akku bagi ceramah pendek.. ingatkan dia tentang betapa banyak duit yang telah dihabiskan.. berapa banyak masa yang dah terbuang.. akku ingatkan jugak sebarang keputusan yang dia buat akan effect pada masa depannya.. dan berharap dia sudah berfikir panajng tentang keinginannya.. sumpah akku jugak tak mahu menekankan tentang pengorbanan mak abah.. tapi akku kena jugak.. for the best.. supaya dia ingat, pengajaran.. because i have been there.. in that place.. bezanya akku tetap dengan course yang sama..

now, soalan akku - walau pun akku tahu takkan ada orang yang akan menjawab.. sekurang2 nya akku berjaya luahkan segalanya disini.. thanks to Encik XY Salvatore.. lol! yeah ok whatever.. hahaha~~ soalannya, am i doing this right? be there, support my sister.. n betul ke akku bila akku menyokong penuh niat dia yang sebenarnya buat akku kurang selesa.. course yang tak berapa bagus result tu pun dia minat jugak tapi hasilnya?

well akku bukan nak malukan atau nak menyindir dia.. akku cuma fikir seseorang tu memang patut dilibas sebelum dia mulakan yang baru. sebab kena belajar dari kesilapan?

"u dont have the time to learn from ur own mistakes alone.. learn from others.."

OK.. pape jek la..

tata~~

Monday, August 25, 2014

anak

Salam,

Jumaat lepas lepak rumah bff.. dia pregnant, kalau ikut kira2 dah 7 bulan.. so ada sorang lagi kawan ni paksa akku untuk pegang perut dia ni.. dia suruh rasa something.. bukan akku tak nak.. akku ni kasar.. akku takut setiap sentuhan akku tu akan sakit kan orang.. sungguh.. tapi kawan akku yang tak mengandung ni paksa jugak.. tak peduli.. jadinya, akku ikutkan je la.. i can feel tiny feet sebab perut kawan akku tu nipis.. akku rasa nak menangis.. tapi untuk 10 saat tu je la.. perasaan aku macam2.. tak tau nak explain.. ada happy, ada amazed.. macam2 la..

dan tiba2..
kalau akku masih mengandung, usia kandungan kitorang sama.. dan akku tak payah nak pegang perut kawan akku tu.. akku faham belum rezeki untuk pregnant.. akku jugak faham ni ujian dari Allah.. cuma akku susah nak terima.. belum lagi ada yang fikir akku lambat.. yang suruh pegi check up.. kadang rasa nak lari je.. tapi sampai bila??

untuk yang buang anak.. i envy you.. kau ada chance untuk mengandung, tapi kau buang.. semoga Allah buka kan hati korang satu hari nanti..

n yes.. akku redha.. akku cuba terima keh?! hahaha..

tata..