Nama aku Amer. 29 tahun bekerja dengan salah satu company telekomunikasi di Malaysia. Aku tinggal di Kuantan, Pahang. Masih bujang, insyaallah tahun depan aku akan berkahwin.
Kahwin. Siapa yang tak nak. Sejak aku mula bekerja lagi aku dah fikir tentang kahwin. Persoalannya siapa yang nak kawin dengan aku?
Aku ada kenal seorang gadis atau sekarang dah pun bergelar wanita, ibu kepada seorang anak; sewaktu aku masih belajar di MFI, Bangi. Perkenalan melalui mySpace kemudian ke Yahoo Messanger, kemudian mula ber'sms dan on the phone. Aku gelar dia, Gades Internet.
Hazirah, atau lebih dikenali dengan nama Zyra atau lebih manja 'syg'. Pelajar tahun satu UiTM Lendu, Melaka jurusan Perakaunan. Berusia muda 1 tahun dari aku. Mata sepet, kulit putih. Anak bongsu dari 3 beradik.
Sewaktu aku mula mengenalinya, dia hanya seorang kawan yang aku jadikan tempat bercerita tentang perempuan2 yang aku kenali. Zyra, sangat berbeza dengan perempuan yang aku pernah kenal. Kasar. Simple. kalau ketawa; tak payah nak cover. Happy je. Easy going is the best word i can picture her. Dia selalu ada.
Satu hari, aku rasa macam dia la orangnya. orang nya boleh buat aku happy. jadi, aku call dan purpose her to be my gf. dia diam. jantung aku laju. aku dengar dia mengeluh berat. aku dah agak dah. kena reject lagi. ni bukan kali pertama aku cuba. dah 2 3 kali jugak. jadi aku dah standby.
"why me?" aku senyum. aku bercerita panjang tentang kenapa aku pilih dia. jujur. perbualan menjadi rancak. aku cuma tekankan, yang dia sentiasa ada untuk aku. dan dia berbeza dari yang lain.
hubungan tu tak lama sebab aku terlalu ramai kawan perempuan dan Zyra tak selesa. tak kira macam mana sekali pun aku cuba terangkan dia tetap tak suka. jadi, kami berpisah. Sebulan lepas tu, aku dapat tau Zyra berkawan baik dengan seorang selebriti tv. Ean.
Aku tau Zyra tu special. Aku dapat rasakan yang dia memang untuk aku. jadi aku terus berharap 1 hari nanti dia akan jadi milik aku. Hubungan kami on and off. Habis belajar di UiTM, dia berpindah bersama keluarganya ke Liverpool, United Kingdom. Dari sana, kami cuma berkomunikasi menggunakan Yahoo Messanger. Hampir setiap hari kami berchatting. Aku rindukan dia. tapi dalam masa yang sama aku sudah pun ada pengganti. Macam aku cakap tadi, Zyra istimewa.
Beberapa tahun selepas tu, dia balik ke Malaysia. Bekerja di Bandar Sunway. 2 3 kali jugak aku mengajaknya untuk berjumpa. Tetapi nasib sentiasa tidak menyebelahi aku. Zyra selalu mengelak.
2011.
Aku dapat berita Zyra sudah pun berkahwin dengan salah seorang kawan bapanya. Puncanya dia patah hati; memilih jalan yang singkat berkahwin dengan lelaki berusia 50-an yang sudah pun mempunyanyi 3 orang isteri. Aku cuba menghubungi Zyra melalui account Facebook nya. Namun tiada jawapan. Selang beberapa bulan dari berita tentang perkahwinannya, aku terima panggilan dari Zyra. She's pregnant dan akan bercerai soon. Dia bercerita tentang keputusan gelojohnya. Tentang betapa hancur hatinya apabila mendaapt tahu yang Ean sudah mempunyai teman baru. Tentang betapa dia menyesal memilih jalan singkat. Well what do you know sayang, things happened. Apa yang aku boleh cuba sekarang adalah, buat kan dia tersenyum. macam dulu.
2012.
Aku selamat menjadi tunangan orang. Gadis yang serba tahu tentang Zyra. She's there bila Zyra tak ada. dia paling tabah mendengar segala rintihan aku untuk Zyra. Zyra tak boleh ditukar ganti. Husna, sebagai rebound.
Awal 2013.
Aku kenal Laila. Masih bersama Husna. Laila tahu tentang pertunangan kami. Tapi kami begitu happy dengan life kami. Bebas melakukan apa saja. dengan Husna, agak terbatas. kerana Husna gadis yang baik. bertudung. Akhirnya hubungan aku dan Husna berakhir. Beberapa bulan lepas tu hubungan aku dengan laila juga berakhir. Mama tak suka dia.
2014.
Edora. Pilihan mama. aku harap kali ni berjaya. aku sayang dia. aku mula berubah. aku tak lagi melayan perempuan2 lain. kami merancang untuk berkahwin. hari ni, macam biasa aku scroll wall facebook. Zyra dah tuka profile picture after like 4 ke 5 years? she's active now. comel dengan dress putih. berambut pendek macam jaclyn victor. lipstick merah. nampak macam dah ada yang berjaya memiliki hatinya. aku message Zyra difacebook. bertanyakan khabar. bercerita tentang kisah2 silam. dia masih sayangkan aku. dan aku juga masih sayang kan dia.
"if i fight for you so hard, will you leave edora for me?" aku sengih.
"Even if im with Edora, i still have you Zyra." icon senyum dari Zyra.
We both know how complicated our relationship is. but yet we hold on to it. Zyra sayang. I love you. i always do. Edora is my soulmate, but you're the one who makes me smile when im not. Take care sayang.
No comments:
Post a Comment