Tuesday, February 3, 2009

teman

teman
saat akku menulis
akku merenung jauh
ketika itu kau hadir
gelak tawa kita teman
sedu sedan kita teman

dulu kita berkongsi cerita
tatkala kau bersedih
tatkala kau gembira
tatkala itu teman
tatkala itu, hanya kau dan akku..

kita bagaikan sepasang kekasih
kita bagaikan orang yang bercinta
kita bagaikan pasangan adik beradik
berjanji
bersumpah
hubungan itu kan kekal teman..

hari-hari itu telah pergi mungkin
hari-hari itu telah lenyap mungkin
hari-hari telah pudar mungkin

akku masih lagi bergelak ketawa
akku masih lagi bersedu sedan
tapi sendiri teman

perubahan itu bukan permintaan
perubahan itu bukan kebetulan
perubahan itu bukan suatu takdir..
perubahan itu ciptaan
perubahan itu disengajakan

andai perubahan itu permintaan
nyatalah bukan milikmu teman
andai perubahan itu kebetulan
nyatalah bukan kehendakmu teman
andai perubahan itu suatu takdir
nyatalah bukan itu yang kau indamkan..

pernah sekali akku bertanye
"kenapa ya?"
persoalan tu senyap dengan senyuman
senyuman kepuasan
terlalu jauh teman
andai kau berhasrat tuk kembali
akku masih disini

hidup tak selalunya indah
indah tak selalunya bahagia
bahagia tak selalunya adalah yang terbaek..



akku melihatmu bukan dari mata kasarku.. akku melihatmu bukan dengan hati yang cemburu.. kau berubah bukan kerana dirimu.. sesekali fikirkan apa yang telah berlaku dan jadikan pengajaran.. hidup ini tak lama sayang.. berusaha untuk jadikan setiap perlakuan itu sebagai sesuatu yang boleh dijadikan pedoman hidup masa hadapan..

No comments:

Post a Comment